Sunday, April 7, 2013

Ikan Gupi

  Teringat time budak-budak dulu,dok bela macam-macam jenis ikan,antaranya ikan karen,kapi,lohan(flower horn),belida,selat dan juga ikan-ikan yang sedia ada dalam sungai dan juga bendang.memang seronok la time tu.Ikan kapi(gupi) antara yang aku suka bela,sebab dia cepat membiak,sekali beranak boleh banyak ekor,kaler pun warna warni.senang nak jaga.
  ikan gupi (Poecilia reticulata) juga dikenali sebagai ikan seribu.merupakan salah satu ikan air tawar yang popular dibela sebagai ikan hiasan serta makanan ikan pemangsa seperti haruan dan arowana.ikan gupi ni berasal dari brazil.guyana,venezuela dan kepulaun caribbean.ikan gupi mula diperkenalkan di asia sebagai salah satu cara untuk membanteras pembiakan nyamuk,sebab dia makan jentik-jentik.
 ikan gupi jantan warna dia menarik sikit berbanding betina,kaler gupi jantan berwarna warni di badan dan juga di ekor,kalau betina pulak dia ada kaler kat ekor ja.saiz dia antara 2-3 cm saja.                                                                                 
                                                                                                           

gupi betina,yang dalam bulatan tu anak2 yg kt dalam perut dia.nak beranak dh la tu

          
Gupi jantan,warna dia lebih menarik berbanding dengan yang betina







Saturday, April 6, 2013

seketika saja

      ish2..lama sungguh x log in blog ni.rasa macam2 rasa dok mai selama xbuka blog ni.manusia,besala,klu xsronok,sedih.klu x sedih sronok..dok main kot tu la.

      nak tulis pa pun xtau dah,nanti la pikiaq lain.sebab satgi nk tengok bola.diriku dan bola bagaikan air yang tidak henti mengalir.

     

Friday, July 27, 2012

Gagal bukan untuk selamanya

    Semua manusia yang berakal di bumi ini pasti ingin merasa sesuatu kejayaan apa yang mereka impikan..dan setiap kejayaan yang dikecapi sudah tentu membuat diri setiap orang itu berasa puas atas hasil pencapaian yang dikecapi..namun kita harus ingat..setiap apa yang kita usaha akan berhasil dengan kejayaan.dan akan ada juga kegagalan yang datang menguji kita..semua itu adalah asam garam untuk kita yang bernama manusia,insan dan lain2 lagi istilahnya..
   kalau kita berjaya..alhamdulillah..segala usaha kita diterima baik oleh ALLAH S.W.T dengan melihat hasil usaha yang telah kita lakukan..dan juga keikhlasan kita dalam membuat sesuatu kerja dan juga perkara-perkara lainya.setiap perkara yang kita lakukan haruslah kerana ALLAH S.W.T kerana DIAlah maha memberi kepada setiap hambanya yang sentiasa ikhlas dalam melakukan setiap perkara..
   Dan pasti diri kita diluar sana telah merasi kegagalan.kecewa,lemah semangat,tekanan semuanya hadir ketika kegagalan menjelma.dan harus diingat kita perlu bermuhasabah mengapa kita gagal..samaada dalam pekerjaan ataupun pelajaran dan juga lain-lainya.perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah muhasabah diri kita,adakah kita dekat dengan Maha Pencipta kita..iaitu al-kholiq.adakah kita sentiasa mengingati,bersyukur dengan apa yang telah ALLAH berikan kepada kita.masa kita senang kita lupa padaNYA.masa kita gagal baru kita nak dekat.dan inilah satu kelebihan yang kita tidak nampak dari kegagalan kita..jangan hanya menyalahkan takdir.tapi salahkanlah diri kita sendiri,yang tidak pernah bersyukur.tidak pernah untuk mengingati Maha Pencipta kita yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
mengadulah kepadaNYA.kerana ALLAH Maha Pendengar dan Maha Melihat setiap hambanya.inilah satu faktor kenapa kita gagal dalam setiap kerja kita.
  oleh itu.kita harus terima setiap kegagalan untuk kita terus bangkit dan mengorak langkah baru pada masa akan datang.jangan putus asa kerana Allah tidak suka akan umatnya yang sentiasa berputus asa.

Thursday, September 15, 2011

Piala Malaysia 2011 (MASCUP'11)

       Cairo,Egypt:Pihak PMRAM sekali lagi berjaya menganjurkan satu kejohanan bolasepak peringkat PMRAM pada tahun ini.Sangat bersyukur kerana kejohanan ini sangat-sangat dinantikan oleh mahasiswa yang berada si mesir untuk sama-sama menyertai kejohanan tersebut dan menunjukkan bakat masing-masing untuk meraih kejuaraan bagi pihak bakan ataupun dpm yang disertainya.Seperti yang kita semua tahu,pada tahun lepas Piala Malaysia tidak dapat dijalankan kerana terdapat beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan dan diganti dengan kejohanan futsal.
        Pada tahun ini aku juga berpeluang untuk menyertai pasukan fursan tantawi bagi merabut piala malaysia tersebut.sangat-sangat teruja dan berterima kasih kepada pihak yang memberi kepercayaan untuk aku berbakti pada skuad fursan tantawi ini yang sangat digeruni oleh pihak pihak lawan.Pada tahun lepas aku tak dapat main sebab injurd,dan itulah hikmahnya,aku dapat main jugak tahun ini.
        kepada semua sahabat-sahabat jom sama-sama kita meriahkkan hari kejohanan tersebut.sokonglah pasukan pilihan anda masing masing.

Tuesday, April 26, 2011

sejarah bolasepak

              kita dok sedia dengar..dok sedia tengok,dok sedia main..cuma makan ja yang kita xwat lagi pasai bola ni..ada ka orang wat gulai bola,xdak kn,bola bakaq,xdak jugak..yang ada hanya bebola ikan...tak tau la kot2 ada kawan-kawan kita hat dok makan bola..cuba habaq mai kat sepat tengok..bila kita tengok bola,kita seronok,kita berangan,kita macam-macam la lagi.kalau aku tengok bola,sebab suka tengok gaya permainan,taktikal yang digunakan..bukannya sokong player semata-mata..tu tak berapa nak kena sikit kot..
             kalau orang tanya kita..sapa hat dok mula-mula main bola ni?dalam bab ni banyak cerita,dongeng dan juga rekaan..ada yang kata..permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah..Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini..tu cara serba sedikit la..
               kita kena ingat,jangan dok pikiaq pasai bola ni saja..bahkan benda-benda lain pun kita kena ambik tau serba sikit untuk pengetahuan..lagi banyak yang kita tau,..lagi banyak ilmu yang kita dapat..oleh itu,bersukanlah untuk diri anda..jangan biarkan diri anda diselubungi oleh lemak-lemak..
             dah orang bagi kad tu terima kasih la..haha
                 aku hanya pemain bola dalam komik

Sunday, April 24, 2011

jom layan tengok

                                    sapa sapa yang layan lagu arab dan teringin nk cuba dengaq lagu arab
                                       bleh test lagu-lagu ni tengok..kot masuk dengan tempo suara
                                              hampa..hehe..
                                           penyanyi::::cyrine
                                           tajuk::::law bas fi aini
                                         
                                          penyanyi::::elisa
                                          tajuk::::aisyalak


                  sekian..
                                          

Saturday, April 23, 2011

el-clasico

"ish ish pak long ni..tak habis2 dengan bola"..kata tokngah aziz kat aku..
"besala tokngah,jiwa dah sebati dengan bola..xpaya nk wat pa dh"
aku macam biasala..barcelona,musim ni rasa sakit ckit la dari tahun sebelum ni,
sebab jumpa dengan musuh tradisi,Real Madrid.jenuh perah otak nk susun
taktikal untuk berhadapan dengan depa.tapi barca dengan corak
total footbal depa la..dok asyik bermain dengan bola,seperti bola tu 
dah jadi macam besi berani la plak..
kot mana pun aku tetap puas tengok barca main,kalau buleh aku nak
menerapkan gaya permainan seperti itu untuk pasukan aku sendri nanti..
haha..bila tu xtau la...sama-sama tgu la..
hari rabu ni jumpa real lagi,harap barca main sempoi
pastu dapat buh gol di santiago bernabue nanti..sebiji pun jadi la..xbyk pn xpa..
pasni barca kena jaga-jaga dengan kaunter attack real..
ni dok ralit serang,defend entah kemana..
kot mana pun champions league akan dibawa pulang ke nou camp nanti..
kita tengok dan lihat saja..huhu