Monday, December 20, 2010

semangat yang ditaut


tahan taut bersama cendung,
selak menerung dengan tajak,
jangan kita suka bermurung,
kelak meraung nasib dipajak.


meraut buluh dengan parang,
sebagai alat untuk menyerkap,
ilmu sebagai penyuluh terang,
kalau terlepas sukar ditangkap.


dedak tepung kunyit belacan,
digaul dalam besen hitam,
sebagai umpan ikan disungai,
diri terapung selalu berangan,
jadikan diri ayam tambatan,
semangat yang hilang perlu dituai.


nak kata pantun sajak pun tidak,
ayat direka hentam sahaja,
exam sudah hampir dekat,
dicari perlu semangat yang hilang,
untuk kita membawa pulang.

(sepatkedah)