Friday, July 27, 2012

Gagal bukan untuk selamanya

    Semua manusia yang berakal di bumi ini pasti ingin merasa sesuatu kejayaan apa yang mereka impikan..dan setiap kejayaan yang dikecapi sudah tentu membuat diri setiap orang itu berasa puas atas hasil pencapaian yang dikecapi..namun kita harus ingat..setiap apa yang kita usaha akan berhasil dengan kejayaan.dan akan ada juga kegagalan yang datang menguji kita..semua itu adalah asam garam untuk kita yang bernama manusia,insan dan lain2 lagi istilahnya..
   kalau kita berjaya..alhamdulillah..segala usaha kita diterima baik oleh ALLAH S.W.T dengan melihat hasil usaha yang telah kita lakukan..dan juga keikhlasan kita dalam membuat sesuatu kerja dan juga perkara-perkara lainya.setiap perkara yang kita lakukan haruslah kerana ALLAH S.W.T kerana DIAlah maha memberi kepada setiap hambanya yang sentiasa ikhlas dalam melakukan setiap perkara..
   Dan pasti diri kita diluar sana telah merasi kegagalan.kecewa,lemah semangat,tekanan semuanya hadir ketika kegagalan menjelma.dan harus diingat kita perlu bermuhasabah mengapa kita gagal..samaada dalam pekerjaan ataupun pelajaran dan juga lain-lainya.perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah muhasabah diri kita,adakah kita dekat dengan Maha Pencipta kita..iaitu al-kholiq.adakah kita sentiasa mengingati,bersyukur dengan apa yang telah ALLAH berikan kepada kita.masa kita senang kita lupa padaNYA.masa kita gagal baru kita nak dekat.dan inilah satu kelebihan yang kita tidak nampak dari kegagalan kita..jangan hanya menyalahkan takdir.tapi salahkanlah diri kita sendiri,yang tidak pernah bersyukur.tidak pernah untuk mengingati Maha Pencipta kita yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
mengadulah kepadaNYA.kerana ALLAH Maha Pendengar dan Maha Melihat setiap hambanya.inilah satu faktor kenapa kita gagal dalam setiap kerja kita.
  oleh itu.kita harus terima setiap kegagalan untuk kita terus bangkit dan mengorak langkah baru pada masa akan datang.jangan putus asa kerana Allah tidak suka akan umatnya yang sentiasa berputus asa.