Tuesday, April 23, 2013

Bayern Munich F.C Vs FC Barcelona Live Streaming



Type  =UEFA CHAMPIONS LEAGUE (1/2 1st leg)
Team =Bayern Munich F.C VS FC Barcelona
Competition =UCL
Venue =Allianz Arena
City =Munich
Capacity =66.000
Referee =Victor Kassai
Date =23 April 2013 (Tuesday)
Time =20:45(GMT)

LINK SITES:

(http://www.kora-online.tv/index.html)
(http://www.sportlemon.tv/)
(www.lshunter.tv)
(http://www.veetle.com/)
(http://www.rojadirecta.me/)
(http://www.ATDHENET.TV/)




Monday, April 22, 2013

Berbeza

Berbeza bagi mereka yang merasai bau yang wangi dengan mereka yang mengetahui wanginya bau.

Berbeza bagi meraka yang melihat pemandangan yang indah dengan mereka yang mengetahui indahnya pemandangan

Berbeza bagi mereka yang mendengar bunyi yang merdu dengan mereka yang mengetahui merdunya bunyi

Berbeza bagi mereka yang menutur kalam hikmah dengan mereka yang mengetahui hikmahnya kalam

Apatah lagi mereka hanya mendengar,tidak akan pernah tahu pengetahuan mereka yang tahu dan tidak pernah merasai perasaan bagi mereka yang merasai.

P/S:bijaklah dalam menilai sesuatu perkara,jangan terus menilai tanpa merasa.

Sunday, April 21, 2013

Suasana Di Mesir

sungai kubri kuhafah yang sentiasa mengalir.udang pun ada,dlu2 rajin la tangkap.lani malas dh.huh


tahrir.bangunan yang tersergam di bandar Cairo.menjadi pusat  aktiviti kerja.tiap2 bulan aku  jenguk tempat ni.

mencari sesuap roti a'ys 

khemah para rusuhan di medan tahrir yang sanggup bermalam disini.pagi lagi ni,sebab tu orang tak ramai sangat


perjalanan ke cairo

senja-senja baru nak sampai


Friday, April 19, 2013

Pulut Kuning

teringin nak makan pulut kuning.kalau ada pulut bleh la nk try wat.


BAHAN-BAHAN
300 gm beras pulut (Dicuci dan toskan)
300 ml pati santan
1 sk garam
1 sb serbuk kunyit ~nak guna ½ pun boleh
air secukupny


PENYEDIAANNYA 

Rendam beras pulut bersama serbuk kunyit di dalam air selama beberapa jam.Toskan dan kukus pulut selama ½ jam atau sehingga kembang ~ ambil masa 15min boleh jak..
Sementara itu masak santan bersama garam sehingga pekat dan berminyak.
Keluarkan pulut dan gaul rata bersama santan.
Kukus selama 5 min lagi.~nak  ambil masa 15-20min pun boleh
Sajikan pulut bersama rendang/lauk kegemaran masing-masing.
RENDANG DAGING
Resipi : Chef Wan




Tuesday, April 16, 2013

Jelapang TokwanKu

   Jelapang sudah cukup sinonim dengan kita dan acapkali sering didengari disetiap pelusuk telinga kita,mahupun melalui penglihatan dan ada juga melalui sentuhan(cthnya:didalam gambar ba).Antara kita ada yang sedia maklum dan ada yang belum sedia maklum apakah itu jelapang,adakah cakap yang panjang berJELA dan kena PANG?semestinya tidak,Jelapang ni tempat simpan padi,seperti mana negeri Kedah yang menjadi negeri jelapang padi.Tapi zaman lani(sekarang) memang sudah nak jumpa ataupun tengok jelapang ni,Kalau ada pun boleh bilang la.Sebab zaman la dah tak berapa nak guna jelapang dah,mana-mana padi yang telah siap dituai oleh mesin padi terus saja bawak pi ke kilang.
    Kat kampung tokwan aku dulu ni,ada la dalam 3 buah jelapang padi.antara kegunaannya adalah untuk menyimpan padi yang nak dibuat anak benih kat dalam jelapang ni,padi untuk dijual pun ada.nak kata lama tak lama jelapang ni,time aku kecik2 dulu,memang situ la tempat kami budak-budak dok main.sekitar tahun 1993 cmtula.jelapang tu mungkin lagi lama kot lahir kat situ.main aci nusut(aci sembunyi) memang situ akan menjadi tempat kebiasaan untuk bersembunyi.budak-budak zaman la,mungkin depa tak kenai apa itu jelapang,dan bagaimana rupa bentuk benda alah ni.
jelapang tokwan yang masih utuh berbakti
   Burung-burung merpati pun bersarang kat situ sebagai tempat teduh depa,bukan takat untuk padi saja kan.kadang-kadang kalau berkesempatan boleh berjumpa dengan ular yang berehat sebentar bersama kit-kat di dalam jelapang tu.masa tu padi dah tak dak la kat dalam tu,yang ada pun,cangkul2,sabit2,alat kebotta(jentera pembajak) dan lain2.sebab padi yang nak dibuat anak benih yang kat dalam tu dah direndam dalam parit untuk bagi tumbuh akar dan pucuk dia.lepas tu panjang lagi la cerita pasai proses nak tanam padi ni.dengan sembur racun,tabur baja, dll.
  Tapi lani,sepupu aku ambik gambar jelapang tokwan aku tu,dan kini hanya tinggai satu saja,yang dua lagi tu roboh dah kot,mai dengan bah berapa banyak kali dah,pastu benda lama plak kan.nak tahan tera mana.tapi lega la,aku dan merasa dengan semua benda-benda tu.tokwan aku pun dah tak berapa nak larat dah.hampa semua tolong doakan kesihatan tokwan aku noh,tokwan aku lahir tahun 1919.baru tahun ni ja dia tak berapa nak sihat.sebelum ni,dok bleh kayuh geqek(basikal) lagi mai rumah aku.ceq rindu tokwan.

padi nun hijau


   

Friday, April 12, 2013

Kata Ganti Nama Dalam Bahasa Arab (Dhomir)

assalamualaikum.
jom belajar bahasa arab.ni yang asas saja.
istilah kata ganti nama dalam bahasa arab terbahagi kepada 3 bahagian:

1.mufrad (مفرد) =menunjukkan kepada seorang ataupun satu,dalam omputihnya single la.
2muthanna(مثنى)=menunjukkan kepada dua orang ataupun dalam omputihnya double.
3.jamak(جمع)=menunjukkan kepada tiga ataupun lebih.

yang ni baru dhomir ataupun kata ganti nama yang kita nak bincangkan tadi.

                   -lelaki-
1.huwa  (هو)=dia(untuk seorang lelaki) 
2.huma (هما)=dia(untuk dua lelaki) 
3.hum    (هم)=dia(untuk tiga lelaki atau lebih) 


                   -perempuan-
4.hiya    (هي)=dia(untuk seorang perempuan)
5.huma  (هما)=dia(untuk dua orang perempuan) sama macam lelaki 
6.hunna  (هن)=dia(untuk tiga perempuan ataupun lebih)
  

                     
                     -lelaki-
7.anta       (أنت)=kamu(untuk seorang lelaki)
8.antuma (انتما)=kamu(untuk 2 orang lelaki)
9.antum   (أنتم)=kamu(untuk 3 lelaki atau lebih)



                      -perempuan-
10.anti        (أنت)=kamu(untuk seorang perempuan)
11.antuma  (أنتما)=kamu(untuk dua orang perempuan)
12.antunna (أنتن)=kamu(untuk tiga perempuan atau lebih)



                       -lelaki & perempuan-
13.ana          (أنا)=saya(untuk seorang lelaki ataupun perempuan)
14.nahnu    (نحن)=kami(untuk lelaki ataupun perempuan)

ni gambar untuk bagi nampak sikit



sekian,wallahu3allam

Thursday, April 11, 2013

Hukum berkenaan binatang

1.singa




Ini merupakan binatang yang terkenal.Singa mempunyai nama yang cukup banyak di dalam bahasa Arab. Ibn Khaluyah mengatakan bahawa nama singa menjangkau sehingga 500 nama.Antara nama-nama singa ialah al-Asad, Usamah, Baihas, Na’aj, Jaghdab,al-Harith,Haidarah,Dawwas, Ri’bal,Zufar(seperti nama seorang ulama bermazhab Hanafi),al-Sabu’, Dhargham,Dhaigham,Thaisar,al-Anbas,al-Ghadanfur, al-Farafisoh,al-Qaswarah dan lain-lain.

Al-Imam Damiri mengatakan bahawa ini jelas menunjukkan singa merupakan haiwan yang sangat dihormati.Para hukama’ mengatakan “ Banyaknya nama pada seseorang tersebut, menjadi tanda bahawa si empunya nama merupakan seorang yang mulia”.

Apakah hukum memakan singa? 

Al-Imam Syafie, Abu Hanifah , Ahmad bin Hanbal , Daud al-Zohiri dan jumhur para ulama radhiyallahu anhum mengatakan bahawa HARAM bagi seseorang memakan singa. Manakala al-Imam Malik radhiyallahu anhu mengatakan bahawa makruh hukumnya memakan singa.Perlu difahami, terkadang al-Imam Malik menggunakan perkataan makruh tetapi maksudnya adalah haram.Tetapi di dalam permasalahan ini para ulama Malikiyah telah menerangkan dengan lebih lanjut bahawa makruh di sini bermaksud tidak haram untuk dimakan.

Kenapa diharamkan memakan singa?

Al-Imam Mawardi mengatakan bahawa al-Imam Syafie rahimahullah mengharamkan untuk kita memakan singa kerana ianya memburu bintang menggunakan taringnya.

2.unta     


Ini juga merupakan bintang yang terkenal.Merupakan binatang yang menjadi tunggangan dan sumber makanan kepada bangsa arab zaman berzaman.Unta juga banyak jenisnya. Antara jenis-jenis unta ialah al-Arhabiyah (unta yang digunakan oleh Bani Arhab daripada bangsa Hamdan),Syazqamiyah (dinisbahkan kepada Bangsa Syazqam),al-I’diyah, al-Majdiyah, al-Syadniyah, dan al-Mahriyah. Masih terdapat banyak unta liar.Golongan arab mengatakan bahawa unta liar ini adalah merupakan saki baki keturunan unta daripada Kaum Aad dan Thamud(iaitu kaum Nabi Hud dan Nabi Saleh alaihi al-salam).Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam Damiri rahimahullah.

Hukum memakannya adalah HALAL menurut jumhur para ulama.Nabi Allah Ya’qub alaihi al-salam dikatakan mengharamkan dirinya untuk memakan daging unta dan susunya.Ini kerana Baginda alaihi al-salam diserang penyakit urat yang bermula daripada pangkal paha hingga ke buku lali.Baginda mendapati tiada sesuatu pun boleh digunakan untuk mengubatinya melainkan daging unta dan susunya.Maka dengan sebab itulah Baginda mengharamkannya kerana bimbang menyakiti unta tersebut.Kisah ini disebutkan oleh al-Imam Damiri di dalam kitabnya Hayat Hayawan al-Kubra.

Ulama berbeza pendapat di dalam masalah memakan daging unta adakah ianya membatalkan wudhuk atau tidak?

Para Sahabat Baginda sallallahu alaihi wasallam dan ulama yang berpendapat tidak membatalkan wudhuk jika memakannya ialah Saidina Abu Bakr al-Siddiq, Umar, Uthman, Ali, Ibn Mas’ud, Ubai bin Kaab, Ibn Abbas, Abu Darda’,Abu Talhah al-Ansori,Abu Umamah al-Bahili, A’mir ibn Rabi’ah , jumhur para Tabi’ien ,Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Para ulama Syafieyah.
Manakala para ulama yang mengatakan batal wudhuk jika memakannya ialah al-Imam Ahmad bin Hanbal,Ishak bin Rahuyah,Yahya bin Yahya, Ibn Munzir dan Ibn Khuzaimah radhiyallahu anhum.  

3.dubuk     


Binantang ini merupakan binatang buas yang banyak terdapat di negara Afrika.Antara keajaiban yang terdapat pada Dubuk ialah terdapat pertukaran jantina mengikut masa.Menurut al-Imam Damiri rahimahullah, dubuk akan menjadi jantan selama setahun dan akan bertukar selepasnya menjadi betina selama setahun.Ini bermakna ketika tahun menjadi jantan ianya tidak boleh mengandung, tetapi ketika tahun menjadi betina maka ianya boleh untuk mengandung.Arnab juga sebegini menurut sebahagian para ulama.

Hukum memakannya ?

Halal untuk dimakan disisi al-Imam Syafie, al-Imam Ahmad bin Hanbal,Ishak Rahuyah,Abu Thaur, al-Imam Laith dan para ulama Hadis yang lain radhiyallahu anhum.Manakala al-Imam Malik radhiyallahu anhu mengatakan bahawa makruh hukumnya memakan dubuk.

Manakala al-Imam Abu Hanifah,Muhammad al-Syaibani, Qadhi Abu Yusuf, al-Thauri, dan salah satu pendapat al-Imam Ahmad mengatakan bahawa ianya haram untuk dimakan.Ini kerana bagi mereka binatang ini adalah termasuk di dalam binatang buas yang berburu menggunakan taring.

Mengapa al-Imam Syafie membenarkan untuk memakan dubuk?

Ini adalah kerana dubuk menurut al-Imam Syafie radhiyallahu anhu tidaklah menggunakan sangat taringnya untuk berburu.Malah jika tiada taring sekalipun binatang ini boleh hidup berbeza dengan singa.Binatang ini juga terkenal hanya suka mengambil sisa makanan yang dimakan oleh binatang lain.

Al-Imam Syafie juga menyebutkan bahawa dubuk dimakan dan dijual di antara Safa dan Marwah.Tiada seorang ulama pun yang melarangnya.Ini kerana arab juga menyukai dagingnya.Perlu kita fahami , antara syarat untuk membolehkan kita memakan sesuatu ialah melihat kepada makanan yang dipilih oleh arab yang bertamadun.Maka dubuk termasuk di dalam jenis makanan yang dibenarkan untuk dimakan.

Diriwayatkan bahawa Saidina Saad bin Abi Waqqas juga memakan dubuk.Manakala Saidina Ibn Abbas radhiyallahu anhum mengharuskan untuk kita memakannya.

Perbahasan akan datang kita akan bincangkan berkenaan binatang yang lain pula.Nantikan perbahasannya.


copy from :Mohd Nazrul Abd Nasir            

Sunday, April 7, 2013

Ikan Gupi

  Teringat time budak-budak dulu,dok bela macam-macam jenis ikan,antaranya ikan karen,kapi,lohan(flower horn),belida,selat dan juga ikan-ikan yang sedia ada dalam sungai dan juga bendang.memang seronok la time tu.Ikan kapi(gupi) antara yang aku suka bela,sebab dia cepat membiak,sekali beranak boleh banyak ekor,kaler pun warna warni.senang nak jaga.
  ikan gupi (Poecilia reticulata) juga dikenali sebagai ikan seribu.merupakan salah satu ikan air tawar yang popular dibela sebagai ikan hiasan serta makanan ikan pemangsa seperti haruan dan arowana.ikan gupi ni berasal dari brazil.guyana,venezuela dan kepulaun caribbean.ikan gupi mula diperkenalkan di asia sebagai salah satu cara untuk membanteras pembiakan nyamuk,sebab dia makan jentik-jentik.
 ikan gupi jantan warna dia menarik sikit berbanding betina,kaler gupi jantan berwarna warni di badan dan juga di ekor,kalau betina pulak dia ada kaler kat ekor ja.saiz dia antara 2-3 cm saja.                                                                                 
                                                                                                           

gupi betina,yang dalam bulatan tu anak2 yg kt dalam perut dia.nak beranak dh la tu

          
Gupi jantan,warna dia lebih menarik berbanding dengan yang betina







Saturday, April 6, 2013

seketika saja

      ish2..lama sungguh x log in blog ni.rasa macam2 rasa dok mai selama xbuka blog ni.manusia,besala,klu xsronok,sedih.klu x sedih sronok..dok main kot tu la.

      nak tulis pa pun xtau dah,nanti la pikiaq lain.sebab satgi nk tengok bola.diriku dan bola bagaikan air yang tidak henti mengalir.